MN

PEMIMPIN PAS SOKONG PN
PENYOKONG PAS SOKONG MN

PAS kini sudah terpisah daripada realiti sehingga tidak menyedari ahli mereka di peringkat akar umbi mahukan muafakat dengan UMNO diteruskan.

Sentimen itu lahir daripada keikhlasan hati ahli dan pemimpin peringkat kedua-dua parti di peringkat bawahan.

Ia dibuktikan dengan terbentuknya sebuah jawatankuasa Muafakat Nasional (MN) pertama di peringkat kawasan parlimen di Pahang.

Penubuhan jawatankuasa tersebut dibuat di Maran, dirasmikan Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail.

Bekas menteri dari Johor, Shahrir Samad berkata “Keikhlasan ke arah perpaduan dan muafakat ummah meletakkan pemimpin elit PAS yang berada di bilik-bilik berhawa dingin di Putrajaya, Publika dan Kuala Terenganu benar-benar jauh menyepi dari realiti akar umbi mereka sendiri”.

Sebelum ini kerjasama UMNO-PAS yang diikat oleh prinsip piagam MN terus berada dalam keadaan tidak menentu disebabkan terdapat pihak yang berusaha memusnahkannya.

Dalam perhimpunan agung tahunan UMNO akhir bulan lalu parti itu berkata, masih ada waktu untuk PAS kembali ke pangkal jalan selepas mereka membuat keputusan sepihak menyertai Perikatan Nasional (PN).

Minggu lalu pula Presiden PAS Abdul Hadi Awang pula mengesahkan parti itu sudah memulakan perbincangan dengan Bersatu – yang dimusuhi UMNO – dalam isu pembahagian kerusi pilihan raya.

𝗠𝗮𝗵𝘂 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗿𝗷𝗲𝗺𝗮𝗵

Abdul Hadi yang dilantik menjadi duta khas perdana menteri berkata rundingan tersebut hanya dijalankan dengan Bersatu, sekali gus membayangkan kencederungan mereka untuk lebih berpihak kepada PN berbanding MN yang disertai lebih awal.

Mengulas kenyataan tersebut Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menganggap keputusan berkenaan dibuat ‘restu’ mereka dalam MN.

“Sebarang keputusan yang dibuat dalam MN harus diterjemahkan pelaksanaannya dan jika ada sebarang perbincangan yang dibuat di luar kerangka MN, maka saya anggap ia bukan perbincangan yang dipersetujui bersama MN. Perbincangan di luar kerangka MN hanya diketahui oleh mereka yang terlibat sahaja”.

Pahang mendahului kerjasama di antara UMNO dan PAS secara ikhlas bagi membentuk perpaduan ummah dan pada masa sama menolak kerakusan elit politik.

Menurut Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail, Pahang berusaha sebaik mungkin untuk mengharmoni dan menjaga MN agar ia terus kekal.

Selain Maran katanya jawatankuasa sama dijangka akan dapat dibentuk di peringkat kawasan parlimen lain selepas ini.

Pucuk pimpinan PAS bertegas untuk berada dalam PN menghadapi PRU15 namun kelihatan semangat MN bakal diterjemahkan kepada kerjasama politik di peringkat akar umbi antara UMNO dan PAS.

Persoalannya kumpulan mana lebih besar, kepimpinan atau penyokong?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=306591237657805&id=109360670714197&sfnsn=mo

Leave a Comment