IGP saya pegang.

https://www.facebook.com/100044602112010/posts/311432683686800/
Hari ini di mahkamah, majikan yang didakwa memukul pekerjanya kerana berpuasa mengaku tidak bersalah.

Ini sangat bercanggah dengan kenyataannya di media melalui sebuah videonya yang sedang menangis-nangis meminta maaf kepada umat Islam. Saya memang sudah agak memang adegan menangis-nangis itu hanyalah ‘wayang’ murahan.

Kes ini telah menimbulkan pelbagai tanda tanya kerana sehingga kini Ketua Polis Negara tidak memberikan sebarang penafian akan dakwaan laporan polis yang dibuat di mana si majikan itu mengatakan “itu IGP saya pegang” ketika membelasah selain ungkapan-ungkapan menghina Islam.

Keberanian suspek (majikan) untuk membuat kenyataan yang flip-flop terutamanya di mahkamah ini memang membuatkan masyarakat tertanya-tanya, ditambah lagi dengan hakikat beliau menyebut “itu IGP saya pegang” tadi.

Kita tahu suspek dikatakan kaya raya hasil dari perniagaan-perniagaan ‘gelap’ di mana polis telah mendedahkannya baru-baru ini.

Hakikat tersebar luasnya isu kartel dan kem dalam PDRM yang sangat membarah membuatkan rakyat lebih gusar kerana kesemua ini seolah-olah ada kaitan.

Ketua Polis Negara perlu tampil meyakinkan rakyat yang sedang gusar ini. Boleh jadi, kesemua teori kartel dalam PDRM terbukti benar melalui kes ini.

Kerana yang mula-mula mendakwa wujudnya kartel bukannya rakyat, tetapi Ketua Polis Negara itu sendiri.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
22 April 2021

Sumber:
https://www.sinarharian.com.my/article/134838/BERITA/Semasa/Pukul-bodyguard-puasa-Majikan-pembantu-peribadi-mengaku-tidak-bersalah

MN

PEMIMPIN PAS SOKONG PN
PENYOKONG PAS SOKONG MN

PAS kini sudah terpisah daripada realiti sehingga tidak menyedari ahli mereka di peringkat akar umbi mahukan muafakat dengan UMNO diteruskan.

Sentimen itu lahir daripada keikhlasan hati ahli dan pemimpin peringkat kedua-dua parti di peringkat bawahan.

Ia dibuktikan dengan terbentuknya sebuah jawatankuasa Muafakat Nasional (MN) pertama di peringkat kawasan parlimen di Pahang.

Penubuhan jawatankuasa tersebut dibuat di Maran, dirasmikan Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail.

Bekas menteri dari Johor, Shahrir Samad berkata “Keikhlasan ke arah perpaduan dan muafakat ummah meletakkan pemimpin elit PAS yang berada di bilik-bilik berhawa dingin di Putrajaya, Publika dan Kuala Terenganu benar-benar jauh menyepi dari realiti akar umbi mereka sendiri”.

Sebelum ini kerjasama UMNO-PAS yang diikat oleh prinsip piagam MN terus berada dalam keadaan tidak menentu disebabkan terdapat pihak yang berusaha memusnahkannya.

Dalam perhimpunan agung tahunan UMNO akhir bulan lalu parti itu berkata, masih ada waktu untuk PAS kembali ke pangkal jalan selepas mereka membuat keputusan sepihak menyertai Perikatan Nasional (PN).

Minggu lalu pula Presiden PAS Abdul Hadi Awang pula mengesahkan parti itu sudah memulakan perbincangan dengan Bersatu – yang dimusuhi UMNO – dalam isu pembahagian kerusi pilihan raya.

๐— ๐—ฎ๐—ต๐˜‚ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต

Abdul Hadi yang dilantik menjadi duta khas perdana menteri berkata rundingan tersebut hanya dijalankan dengan Bersatu, sekali gus membayangkan kencederungan mereka untuk lebih berpihak kepada PN berbanding MN yang disertai lebih awal.

Mengulas kenyataan tersebut Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menganggap keputusan berkenaan dibuat ‘restu’ mereka dalam MN.

โ€œSebarang keputusan yang dibuat dalam MN harus diterjemahkan pelaksanaannya dan jika ada sebarang perbincangan yang dibuat di luar kerangka MN, maka saya anggap ia bukan perbincangan yang dipersetujui bersama MN. Perbincangan di luar kerangka MN hanya diketahui oleh mereka yang terlibat sahaja”.

Pahang mendahului kerjasama di antara UMNO dan PAS secara ikhlas bagi membentuk perpaduan ummah dan pada masa sama menolak kerakusan elit politik.

Menurut Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail, Pahang berusaha sebaik mungkin untuk mengharmoni dan menjaga MN agar ia terus kekal.

Selain Maran katanya jawatankuasa sama dijangka akan dapat dibentuk di peringkat kawasan parlimen lain selepas ini.

Pucuk pimpinan PAS bertegas untuk berada dalam PN menghadapi PRU15 namun kelihatan semangat MN bakal diterjemahkan kepada kerjasama politik di peringkat akar umbi antara UMNO dan PAS.

Persoalannya kumpulan mana lebih besar, kepimpinan atau penyokong?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=306591237657805&id=109360670714197&sfnsn=mo